Monday, October 14, 2013

Syarat- syarat Ahli

ASSALAMMUALAIKUM W.M.T...

Kepada semua ahli dan juga bakal ahli Syarikat Gt Mustang Enterprise,

1- Kad keahlian adalah untuk tempoh setahun.

2- Keahlian tidak boleh dipindah.

3- Ahli yang mempunyai kereta proton Satria dan Proton Wira akan mendapat keistimewaan ke atas kereta mereka dari segi servis, aksesori dan banyak lagi.


4- Hanya ahli sahaja yang layak mendapat keistimewaan yang ditawarkan.

5- Keselamatan kad adalah tanggungjawab ahli. Sebarang 
kehilangan tidak akan diganti dan ahli perlu membuat 
permohonan baru.

6- Ahli perlu mengikut peraturan-peraturan yang telah 
ditetapkan oleh pihak syarikat.  

7- Syarikat Gt Mustang Enterprise berhak menarik balik kad keahlian jika ahli didapati melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan.

8- Keahlian juga boleh ditarik balik jika;

  • Memberikan maklumat palsu tentang butir-butir peribadi yang mendaftar.
  • Kegagalan melaporkan perubahan tempat tinggal dan talian talipon.
  • Melanggar syarat-syarat atau undang-undang ahli yang telah ditetapkan.
9- Ahli hendaklah melaporkan mengenai setiap perubahan alamat kediaman atau talian talipon kepada pihak syarikat atau wakil syarikat yang diberi kuasa untuk memperbahurui maklumat peribadi ahli, kegagalan berbuat sedemikian bermakna pihak syarikat berhak membatalkan ahli.

10-  Tempoh pemberitahuan perubahan tempat tinggal dan talian talipon hendaklah dinyatakan selewat-lewatnya sebulan dari tarikh perubahan. Tempoh yang ditetapkan adalah tiga puluh (30) hari dari tarikh perubahan.

Yuran keahlian yang dikenakan pada ahli adalah RM80.00 setahun, ahli yang telah membuat pembayaran yuran ahli akan mendapat sekeping kad ahli dan sticker ahli.